Apa Hobi Kamu?

Sebelum memulakan pengajaran, cikgu baru ingin berkenalan dengan murid2nya.

Cikgu: “Cuba kamu yang di hadapan, apa nama dan apa hobi kamu?”

Murid #1: “Nama saya Ibrahim, hobi memancing di sungai sambil lihat pelangi, cikgu!”

Guru: “Cuba yang duduk di sebelahnya?”

Murid #2: “Nama saya Jamal, hobi makan ubi rebus di pinggir sungai sambil lihat pelangi, cikgu”

Guru: “Ooo sama, kalian bersahabat ya? Cuba yang duduk kat belakang tu..?”

Murid #3: “Nama saya Azman, hobi bersembang di pinggir sungai sambil lihat pelangi, cikgu….!”

Guru: “Wah … sama juga? Rupanya korang satu geng lah ya? Cuba yang hansem di sudut sana?”

Murid #4: “Nama saya Ismail, hobi makan cendol di pinggir sungai sambil lihat pelangi. Cikgu…..!”

Guru: “Ya hobi kamu semuanya sama ya,Cuba yang cantik manis di bangku tengah tu, apa nama dan hobi kamu?”

Murid #5: “Nama saya Pelangi, hobi mandi di sungai. Cikgu…!”

Guru: “Oooo… Patut lerr….!!!”

COMMENTS CLOSED

Bila Ustazah Yang Hebat Berkata-kata

Ustazah : “Saya tidak pernah menolak hukum poligami.”
Jamaah : “Wah, hebat ustazah!”
Ustazah : “Saya tidak pernah melarang para suami nikah lagi.”
Jamaah : “Wah, benar-benar kelas ustazah.”
Ustazah : “Yang penting……..”
Jamaah : “Yang penting… adil ye ustazah?”
Ustazah : “Bukan…yang penting, bukan suami saya…

COMMENTS CLOSED